Rabu, 2009 November 11

Menikmati hujan lebat d shah alam

nak jumpa org

tesk

Khamis, 2009 Oktober 29

Apa lagi selepas ini…

Selepas tewas di Bagan Pinang Pakatan Rakyat (PR) terus dilanda gelora. PAS sebagai rakan kongsi terpenting menerima padah bilamana Musyidul Am Pas Dato Nik Aziz Nik Mat mahukan 'pembersihan" kepimpinan dilakukan dalam Pas. Akhirnya membawa kepada cadangan Nik Aziz untuk diadakan EGM Pas.

Kalau tidak ada angin masakan pohon bergoyang walaupun boleh di 'goyang' sendiri.

Manakala Parti Keadilan Rakyat (Pkr) juga begitu. Semuanya berlaku selepas Bagan Pinang. Ianya bermula pada 16 Oktober apabila Zaid Ibrahim mengambil cuti politik selama enam bulan selepas dikatakan Dato Seri Anwar Ibrahim menghalang beliau daripada menyertai program parti itu di Sabah yang dilakukan atas jemputan Naib Presiden PKR Datuk Dr.Jeffrey Kitingan.

Cuti Zahid Ibrahim dikatakan berpunca dari masalahnya dengan Azmin Ali yang ketika itu memegang Pengerusi Pkr Sabah. Mahu tak mahu Pkr tidak ada banyak masa untuk berselindung dari masalah dalaman yang di hadapi. Akhirnya kepimpinan Pkr Sabah dirombak dan khabarnya pada 18 Oktober Zahid melanggar arahan Anwar dan tetap ke Sabah.

Di sabah Zahid bertemu dengan Dr Jeffery Kitingan. Rentetan dari itu apa yang sedang melanda Pkr terus berlaku.

Mungkin kerana kecewa dengan perlantikan muka baru mengetuai Sabah, Dr Jeffery Kitingan pada 27 Oktober lalu mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Naib Presiden dan semua jawatan politik termasuk anggota Biro Politik Pkr.

Semalam saya menonton Tv3 dan kata Dr Jeffery….saya meletak jawatan kerana prinsip dan akan ada penyokong-penyokongnya akan berbuat perkara yang sama kerana mereka menyertai Pkr bukan kerana Pkr tetapi kerana saya…

Menyusul kemudian pada 28 Oktober , Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi PKR.

Di masa yang sama di Kuala Lumpur berita bertiup kencang mengatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim meletak jawatan meskipun sehari selepas itu beliau menafikannya. Namun percayalah bahawa politik Malaysia bermula dari khabar angin menjadi sahih.

Dan terbaru hari ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan sebagai ADUN.

Kita tunggu dan lihat…apa yang akan berlaku seterusnya selain daripada inilah kesan Semangat Bagan Pinang….

Isnin, 2009 Oktober 26

Negara Islam bagi Nik Aziz…

Bukan aku yang kata tetapi Nik Aziz Nik Mat yang kata. Mungkin dia lupa bila dia kata tetapi aku tak lupa kerana yang turut berkata adalah keratan akhbar Utusan Malaysia 4 Ogos 2001. Itu pun mungkin Nik Aziz boleh kata dia tak kata kerana dia tidak percayakan Utusan Malaysia kerana yang dia percaya hanyalah Harakah. Menurut Nik Aziz "Negara Islam Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." Kalau ada orang Pas di sini yang tak percaya apa yang Nik Aziz pernah kata boleh buka balik akhbar Utusan Malaysia bertarikh 4 Ogos 2001.

Kalau tuan orang yang bijak sana boleh nilai dan tafsir setiap kenyataan yang di buat oleh Nik Aziz. Dia sentiasa berubah-ubah mengikut keperluan dan kehendak semasa. Apa yang menguntongkan dia dan Pas dia akan kata. Perhati pulak kenyataan yang satu ini, "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

Mungkin kah ini contoh orang yang sudah "nyanyuk". Nik Aziz pernah berakta-kata, "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

Aku mungkin penyimpan data. Nik Aziz pernah juga berkata-kata bahawa "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

Jadi Negara Islam yang menjadi perjuangan awal Pas adalah Negara Islam tafsiran Nik Aziz bukan tafsiran perjuangan Pas. Sebab itu bila Presiden Pas Dato Seri Haji Hadi Awang pernah mencadangkan Kerajaan Perpaduan iaitu bergabung dengan Umno, hari ini Nik Aziz menjadi juara untuk menyingkir Haji Hadi dan puak-puaknya yang mahukan perpaduan Melayu dan Islam.

Khamis, 2009 Ogos 06

HIMPUNAN PERPADUAN UMAT ISLAM SELANGOR

Tarikh - 7 Ogos 2009 / Jumaat
Masa - 2.30 ptg
Tempat - Perkarangan MBSA, Shah Alam
Semua umat Islam dijemput hadir untuk memberikan sokongan kepada kakitangan MBSA yang telah dimarah keras, diherdik, dimaki hamun, ditengking dan ditunjal oleh YB Ronnie Liu kerana mereka telah melaksanakan tugas dengan merampas minuman keras arak BEER dari sebuah kedai 7-eleven section 8 yang tidak memiliki lesen perniagaan menjual arak.Isu BEER menyatukan kita. BERANI KERANA BENAR. Perpaduan untuk umat Islam.
PESANAN DARI WARISAN2057

Rabu, 2009 Ogos 05

MAHFUZ JANGAN JADI "BADUT DAP"

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar cuba hendak menjaga ‘hati’ Pakatan Rakyat sekaligus mahu menjaga ‘maruah’ PAS di mata rakyat.

Semalam Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Nordin lantang dan tegas dalam melihat soal isu arak di Selangor. Di masa yang sama Mahfuz agak ‘takut-takut’ untuk menyokong pendirian Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato Dr Hassan Ali.

Bagi mencari jalan selamat ‘permainan politik” Mahfuz menyalahkan kerajaan Barisan Nasional dengan katanya,

"Bagi saya isu penjualan arak ini ditinggalkan oleh kerajaan negeri yang lama dibawah pimpinan Barisan Nasional dan Umno, jadi bila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, mereka harus mengambil pendekatan yang bijaksana dalam menyelesaikan isu penjualan arak di negeri itu," katanya.

Mudah sungguh politik puak-puak dalam PAS ini, bila ada masalah dan masalah tersebut gagal ditangani dengan baik mereka menuding jari kepada UMNO dan Barisan Nasional. Jadi masalah mereka tidak timbul kerana semua masalah yang ada hari ini dicipta oleh BN dan UMNO.

Kita ingin bertanya kepada Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, apakah isu rumah sembelihan babi di Kedah yang kecoh sebulan lepas adalah juga masalah yang ditinggalkan oleh BN dan UMNO di Kedah.

Manakala di Selangor, apa yang berlaku hari ini selepas 17 bulan Pakatan Rakyat memerintah, adakah juga masalah yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional.

Apakah gesaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak supaya kerajaan negeri Selangor merombak barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kerana didakwa gagal melaksanakan tugas. Juga dimasukan dalam kategori masalah yang ditinggalkan oleh Umno.

Azmin melahirkan rasa kecewa dengan pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kegagalan barisan Exco memajukan Selangor.

Apakah juga kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor, yang ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas mendiang memberi keterangan sebagai saksi kepada SPRM Selangor di tingkat 14, bangunan tersebut 16

Julai lepas. Juga termasuk dalam masalah yang ditinggalka oleh Umno atau masalah yang cipta oleh Pakatan Pembangkang.

Begitu juga bila tujuh ADUN yang didakwa terlibat dalam kes salah guna peruntukan negeri iaitu Ean Yong Hian Wah (DAP-Seri Kembangan), Teresa Kok (DAP-Kinrara), Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan), Hannah Yeoh (DAP-Subang Jaya), Dr. Cheah Wing Wah (DAP-Damansara Utama), Edward Lee (DAP-Bukit Gasing) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), masih merupakan masalah yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional.

Malah pendedahan Ahli Parlimen Wangsa Maju dari PKR, Wee Choo Keong yang mendakwa adanya Exco Selangor terlibat serta mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap. Juga, adakah masalah yang ditinggalkan oleh BN di Selangor.

Seterusnya bila SPRM mengunjungi pejabat Exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail semalam untuk menyiasat isu peruntukan DUN yang dibelanjakannya.Dakwaan itu membabitkan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri di kawasan seorang wakil rakyat, yang tidak dinamakan membabitkan RM375,000.

Mahfuz jangan jadi ‘badut’ semata-mata untuk menutup kepalsuan yang sedang berlaku di Selangor. Rakyat sudah sedar dan menyalahkan BN atau Umno tidak menjanjikan sokongan kepada PR akan terus kekal.

Kalau benar sekalipun isu arak masalah yang ditinggalkan oleh BN kenapa sudah 17 bulan perkara tersebut tidak pernah diperjuangkan hanya setelah Ronnie Lui bertindak sedemikian. Tidak pernah terdengar PAS Selangor melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan malah kilang arak terbesar di Selangor masih gah dan gagah berdiri.